Platform Online Courses Mari Belajar Sulaman Manikini mempunyai beberapa ciri penting dan tersendiri. Ia bertepatan dengan matlamat utama pembinaan platform ini iaitu untuk mengajar dan membolehkan setiap peserta benar-benar menguasai kemahiran sulaman manik tanpa stres dan tekanan.Biarpun anda tidak tahu cara menjahit mahupun langsung tidak pernah memegang sebatang jarum sebelum ini, namun ciri-ciri Online Courses belajar jahitan manik di sini telah dibangunkan dengan mengambil kira setiap level anda dalam kemahiran jahitan manik ini.
Segala bentuk teknik, aplikasi, contoh, dan tips belajar sulaman manik ini adalah dalam bentuk Video Streaming HD yang dirakam dan diedit dalam studio kami menggunakan 4 buah kamera HDD bagi menghasilkan kualiti yang sungguh menakjubkan. Bahkan anda akan melihat sendiri dengan jelas, di mana, ke mana dan bagaimana jarum sulaman disusupkan ke dalam manik satu persatu ibarat guru sedang mengajar manik betul-betul di hadapan anda.
Setiap video teknik sulaman manik yang diberikan, boleh diulang seberapa banyak yang anda mahu sehingga anda faham. Tidak kira waktu dan masa, anda bebas mengakses bahan-bahan tersebut kembali. Sama ada pagi, tengahari, petang, atau malam mengikut kelapangan waktu anda.
Platform Online Courses Mari Belajar Jahitan Manik ini memberikan peluang kepada anda untuk bertanya dan berdiskusi secara terus bersama Pengasas Akademi Sulaman Sri Classic iaitu Puan Syahida sendiri.
Dan setiap pertanyaan anda dan diskusi serta kemusykilan anda berkaitan dengan teknik-teknik sulaman manik yang dipelajari, akan dijawab tidak lebih dalam tempoh 24jam dari masa pertanyaan anda.
Anda akan dianugerahkan sijil tamat sekiranya berjaya menyempurnakan kesemua modul sulaman manik dan labuci yang disediakan. Kos penghantaran adalah percuma bagi peserta di Semenanjung Malaysia, Sabah dan Sarawak.
Bahkan sebagai graduan kami, konsultasi bersama kami adalah PERCUMA seumur hidup anda. Ya! PERCUMA seumur hidup anda. Anda boleh SMS, Telefon, eMel, Gunakan Platform, Video Konferensi, atau Datang terus berbincang di premis kami.
Dalam erti kata lain, jika anda belajar sulaman manik bersama kami, kami akan memberikan runding cara secara percuma untuk menolong dan membimbing anda mencapai kejayaan sebagai seorang usahawan sulaman.