Dalam mencorakkan jahitan manik crumble, sebenarnya ia memerlukan kreativiti seseorang penyulam untuk mengkombinasikan manik-manik berdasarkan bentuk, saiz dan warna. Ada yang menggunakan warna yang sama dalam menghias jahitan manik crumble tetapi mengambil pendekatan dengan menggunakan bentuk dan saiz yang berbeza-beza. Hasilnya, jahitan manik crumble juga akan terserlah dengan penyusunan bahan-bahan tadi secara kreatif.
Namun, bagi mereka yang baru menceburi diri dalam bidang manik ini, kadang kala kekangan menggabungkan manik adalah masalah utama yang dihadapi dalam menyulam manik apatah lagi jahitan manik crumble. Sebenarnya, kreativiti boleh dating daripada naluri seseorang yang menginginkan sesuatu yang indah.
Malahan, apa sahaja yang terbuku di hati boleh dicurahkan dalam jahitan manik crumble. Itulah uniknya jahitan manik crumble yang tidak memfokuskan kepada motif-motif biasa seperti flora dan fauna sahaja.
Ada yang menganggap motif abstrak boleh di adunkan di dalam jahitan manik crumble tetapi bagi saya ia lebih kepada motif bebas, campuran serta eksotik. Penggunaan pelbagai bentuk manik, batuan, Kristal dan sebagainya dapat menghasilkan jahitan manik crumble yang cantik dan luar biasa. Malah, pengolahan dengan teknik-teknik yang betul dapat menjadikan jahitan manik crumble ini suatu rekaan yang sangat cantik dan menyebabkan orang yang melihat hasil patternnya terpegun. Patah lagi jika anda memperagakan jahitan manik crumble ini pada busana anda untuk apa jua majlis yang anda hadiri sama ada kasual mahupun formal.
Oleh itu, jangan terlalu sempitkan cara anda mengolah jahitan manik crumble dengan hanya menukarkan warna bahan-bahan asas semata-mata sedangkan jika anda menghasilkannya pada 100 helaian baju sekalipun, hasil pattern crumble anda tetap sama.
Mengapa jadi begitu? Ini kerana anda kecilkan skop jahitan manik crumble anda dan mengikut corak-corak yang telah basi. Oleh itu, belajarlah menggunakan idea ataupun kaedah jahitan manik crumble agar anda dapat berkarya dengan bebas dan menghasilkan jahitan manik crumble yang wow! Di mata sesiapa sahaja yang melihatnya.
Oleh itu, saya telah mengolah satu langkah lagi untuk membantu anda dalam berkarya dengan memperkenalkan pelbagai bentuk jahitan manik crumble yang boleh anda pelajari dan kembangkannya lagi. Nasihat saya untuk mengikutinya, anda perlulah mempunyai asas manik yang kukuh terlebih dahulu kerana jika tidak anda pasti susah untuk mempelajari jahitan manik crumble kerana dalam platform online jahitan manik crumble ini, saya langsung tidak akan menyentuh tentang hal-hal berkaitan teknik asas sulaman manik.
Dari itu, untuk mendapatkan hasil yang wow! Di mata individu yang melihatnya, maka jom belajar jahitan manik crumble secara online bersama saya dan Akademi Sulaman Sri Classic.
Selamat mencuba.
Ikhlas,
Syahida Ramli,
Pengasas, Butik Sulaman Sri Classic dan Akademi Sulaman Sri Classic
Jom Ketahui Teknik dan kaedah Yang Betul dalam Menguasai Jahitan Manik Crumble Bersama Kami!
Tagged with: belajar jahit manik crumble • belajar manik crumble • belajar sulam manik • cara jahit manik crumble • cara jahit manik crumble simple • jahit manik • jahit manik cantik • jahitan manik • jahitan manik crumble • JAHITAN MANIK CRUMBLE TERKINI • jahitan sulaman manik • jenis jahitan manik • kelas manik crumble • langkah jahit manik • langkah-langkah jahitan manik • manik crumble • manik crumble simple • pattern jahit manik • sulaman crumble manik • Sulaman Manik • sulaman manik crumble • teknik belajar sulaman manik • Teknik jahitan manik • teknik jahitan manik crumble • teknik manik crumble
Please keep in mind that comments are moderated and rel="nofollow" is in use. So, please do not use a spammy keyword or a domain as your name, or it will be deleted. Let us have a personal and meaningful conversation instead.
You must be logged in to post a comment.