Pelbagai Bentuk Manik Untuk Diadaptasikan Pada Rekaan manik crumble
Apabila melihat manik-manik yang berbentuk bintang pastinya ia turut boleh diadaptasikan dalam manik crumble. Bunyinya seakan tidak masuk akal tetapi itulah keunikan manik crumble yang menjadi pilihan masa kini.
Usah lihat busana tradisional pastinya penggunaan manik bintang mungkin tidak cucuk atau sesuai untuk dipadankan dengan manik crumble tetapi hakikatnya ia boleh seperti mana Yuna dengan selendang yang menjadi trend remaja dan belia masa kini. Malahan, mereka yang berkerjaya turut memakai selendang ala-ala Yuna. Jadi, dalam menjahit ataupun memperagakan manik crumble itu, seseorang perlu berani untuk menggayakannya.
Bagi memberikan nafas baru, pastinya, manik crumble boleh dijahit pada blaus ataupun kemeja-t yang didatangkan dengan pelbagai potongan untuk digayakan dengan manik crumble. Pastinya gambar-gambar potret yang berada ataupun apa sahaja objek yang berada di atas baju tersebut boleh ditambahkan dengan menggunakan manik crumble.
Apabila melihat situasi sebegini, teringat saya pada zaman kanak-kanak kerana gaun kegemaran saya mempunyai gambar itik yang ditampal dengan sulaman bulu kambing ang cantik. Malah teras lembut seperti memegang teddy bear yang lembut apabila disentuh sulaman tersebut yang dijahit pada baju kegemaran saya ketika itu.
Sudah pasti kini perasaan itu pula dirasai oleh anak-anak saya yang telah dipupuk dalam jiwa mereka dengan kepentingan mempelajari dan menguasai sulaman. Sehinggakan apabila menulis modul-modul manik crumble ini, mereka semua turut mencuba untuk menjahitnya di atas kain perca.
Dan kadang kala saya menjadikan apa yang mereka hasilkan sebagai satu inspirasi untuk berkarya terutamanya dalam menghasilkan rekaan manik crumble saya. Jadi, jika anda benar-benar inginkan kemahiran manik crumble ini untuk dikuasai sepenuhnya, maka jangan lupa untuk mempelajari terlebih dahulu asas sulaman manik bagi memudahkan anda di kemudian hari.
Selamat mencuba.
Ikhlas,
Syahida Ramli,
Pengasas, Butik Sulaman Sri Classic dan Akademi Sulaman Sri Classic
Jom hasilkan Manik Crumble untuk busana anda.
Tagged with: cara jahit manik applique • cara jahit manik crumble simple • cara menjahit manik crumble • cara menjahit manik di selendang • imej manik crumble • jahitan crumble • jahitan manik asas • JAHITAN MANIK CRUMBLE TERKINI • jenis jahitan manik • manik crumble • manik crumble terkini • menjahit manik • modul manik • pattern jahit manik • pattern manik crumble • SENI JAHITAN MANIK CRUMBLE • sulaman crumble manik • sulaman manik crumble • teknik menjahit manik crumble • tips menjahit manik • tutorial jahit manik di selendang panjang
Please keep in mind that comments are moderated and rel="nofollow" is in use. So, please do not use a spammy keyword or a domain as your name, or it will be deleted. Let us have a personal and meaningful conversation instead.
You must be logged in to post a comment.